cara buat serawa durian

Cara buat serawa durian musang king ini memang wajib cuba, lebih-lebih lagi kalau anda penggemar durian. Berbanding durian biasa, musang king menghasilkan serawa yang lebih pekat, berkrim dan kaya dengan rasa lemak semula jadi. Dahulu ramai yang jarang menggunakannya kerana harganya agak mahal.

Namun sekarang, harga musang king semakin berpatutan dan lebih mudah didapati di kebanyakan tempat. Inilah masa terbaik untuk menikmati durian premium ini dalam pelbagai hidangan, termasuk dijadikan serawa yang sedap dimakan bersama pulut atau roti.

Resipi ini pula sangat ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Hanya gunakan isi durian yang masak elok, santan dan beberapa bahan asas lain, anda sudah boleh menyediakan pencuci mulut yang creamy, harum dan pasti membuatkan seisi keluarga makan bertambah.

Baca juga: Durian Murah Melimpah Ruah? Ini Cara Betul Simpan Secara ‘Frozen’ Supaya Tahan Lama & Tak Masam!

CARA BUAT SERAWA DURIAN MUSANG KING

cara buat serawa durian

Bahan-bahan:

  • 5-6 ulas isi durian musang king
  • 1 helai daun pandan (pilihan)
  • 1/4 ketul gula melaka
  • Santan kotak atau santan segar secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Pulut atau roti putih (untuk hidangan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan isi durian, gula melaka, santan dan daun pandan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Nyalakan api sederhana dan kacau perlahan sehingga semua bahan mula sebati.
  3. Masukkan garam dan gula pasir, kemudian teruskan mengacau supaya gula larut sepenuhnya.
  4. Masak sehingga kuah menjadi pekat, berkrim dan mengikut kepekatan yang diinginkan.
  5. Angkat dan hidangkan bersama pulut panas atau roti putih.

Tips buat serawa durian lebih sedap:

  • Gunakan durian Musang King yang benar-benar masak untuk rasa lebih lemak dan berkrim.
  • Jika suka serawa yang lebih cair, tambah sedikit lagi santan ketika memasak.
  • Kacau selalu ketika memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  • Daun pandan memang pilihan, tetapi sangat digalakkan kerana memberi aroma yang lebih harum.
  • Laraskan jumlah gula mengikut tahap kemanisan durian yang digunakan.

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Jenis-Jenis Durian Yang Sedap Buat Tempoyak, Setiap Satu Ada Rasa Dan Aroma Tersendiri

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN