Waktu petang memang seronok jika dapat makan sate. Selalu beli di luar saja, apa kata hari ini anda belajar cara buat sate ayam dan daging di rumah?
Riena Eris telah kongsikan cara buat sate ayam dan daging di Facebook yang sangat menarik, siap ada tips untuk hasil nampak berkilat dan cantik. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Kuah Kacang Simple, Sesuai Kalau Nak Cepat Waktu Raya
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kuah kacang:
Cara penyediaan sate:
1. Kisar semua bahan bertanda (*), kemudian bahagikan 2 bekas untuk ayam dan daging.
2. Perapkn semua bahan pada ayam dan daging yang telah dipotong kiub, sebatikan dan perap semalaman dalam peti ais, lebih bertambah sedap jika lama perapnya.
3. Cucuk sate dengan lidi dan bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu 180 hingga 200ºC. Jangan buang air perapan sate tadi kerana boleh digunakan untuk kuah kacang.
Cara penyediaan kuah kacang:
1. Masak semua bahan kuah kacang bersama air perapan sate sehingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Siap untuk dinikmati bersama sate!
Tak mengapa jika tiada air fryer kerana anda juga boleh gunakan oven untuk memanggang sate ini, kemudian nikmatilah bersama kuah kacang dan nasi impit.
Bagi mendapatkan hasil yang cantik dan berkilat, anda hanya perlu balik-balikkan sate, kemudian sapukan madu, air, minyak dan sedikit serai.
Selamat mencuba!
Sumber: Riena Eris
Baca juga: Sate Ikan Homemade Dengan Sos Manis, Beli Luar Pun Tak Boleh Lawan!
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…