cara buat roti jala

Cara buat roti jala ini tidak susah mana, namun ada teknik dan petua yang perlu diikuti untuk mendapatkan tekstur roti jala yang lembut dan tidak cepat rosak.

Roti jala merupakan salah satu sajian popular yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri, biasanya digandingkan dengan kari ayam atau daging.

Jom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh pengguna Facebook, Nur Nabilah Jailani ini. Roti jala bukan sahaja boleh bertahan lama, bahkan ia kekal lembut walaupun sudah semalaman.

Baca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!

CARA BUAT ROTI JALA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1.8 liter air
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecik pewarna kuning lemon

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali tepung. Kacau sebati sehingga gula dan garam cair. Kemudian baru masukkan tepung gandum, kacau sebati menggunakan whisk.

2. Bila dah dikacau sebati, rehatkan adunan selama 15 hingga 30 minit. Dalam tempoh itu, kacau-kacau manja selang 5 minit untuk pastikan tepung tidak berketul.

3. Sedia untuk dijala di atas kuali. Bila dah masak, angkat dan terus digulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.

4. Guna kuali non stick supaya adunan tidak melekat. Selamat mencuba!

cara buat roti jala

Kredit: Nur Nabilah Jailani

Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN