roti guna kaedah kukus

Kebiasaannya bila buat roti, kita akan bakar menggunakan ketuhar kan? Jarang-jarang dengar resipi roti guna kaedah kukus.

Kalau guna teknik kukus ini, roti akan menjadi lebih lembut dan gebu. Memang sedap dimakan panas-panas.

Sesuai dijadikan hidangan menu petang ataupun buat sarapan untuk seisi keluarga. Jom lihat caranya di bawah.

Resipi Roti Guna Kaedah Kukus

Bahan-bahan:

  • 150g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Gula 1 sudu besar
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Gula dan butter yang dicairkan untuk topping

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. (memang tak pakai air, telur tu la cecair dia)

2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.

3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.

5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.

7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.

8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.

NOTA KAKI:

*Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus.
*Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi.
*Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN