Macam-macam resipi puding ada sekarang ni. Tapi kalian pernah cuba tak buat puding trifle? Rasa puding ini sangat sedap, rupa dia pun sangat cantik sebab ada campuran kek gulung, kastard dan campuran buah.
Resipi ini juga sangat mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja. Nak lagi sedap, kena makan sejuk-sejuk. Buat pencuci mulut untuk rumah terbuka pun boleh juga.
Ramai dah cuba resipi ni, memang puas hati! Kalian pun boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Khairul Izhar di bawah.
RESIPI PUDING TRIFLE MUDAH & SEDAP
Bahan-bahan:
- Kek gulung
- 1 tin susu cair
- 1 tin mix fruit
- 1 kotak jelly cristal
- 3 sudu tepung castard
- 4 sudu gula
Cara-cara:
- Potong kek gulung. Kemudian susun dalam bekas dan tekan sedikit sehingga mampat.
- Asingkan buah-buahan dalam tin dari airnya.
- Dalam periuk, masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air.
- Kemudian masukkan gula dan tepung kastard.
- Kacau sampai sebati sehingga tepung kastard tidak berketul-ketul.
- Kemudian baru masakkan atas api kecil sambil kacau sehingga ada letup-letup kecil tu baru tutup api.
- Tuangkan kastard ke atas kek gulung tadi dan ratakan.
- Agak-agak bila kastard sudah hampir mengeras, susun buah-buahan atas kastard. Tekan-tekan sikit buah koktel guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.
- Kemudian tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni, campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalau guna dua kotak, hanya gandakan kuantiti air.
- Tutup bekas dengan penutup. Simpan dalam chiller. Lagi sejuk lagi sedap. Selamat mencuba!
Kredit: Khairul Izhar