resepi pavlova

Kalau sebut resepi pavlova, ramai yang terus terbayang dessert cantik dengan lapisan putih rangup di luar dan lembut seperti marshmallow di bahagian dalam. Dihiasi pula dengan krim serta buah-buahan segar.

Nampak macam susah, tapi sebenarnya kalau kena cara, pavlova boleh jadi sangat mudah walaupun dibuat di rumah guna bahan asas sahaja. Ramai juga yang pernah cuba buat pavlova tetapi hasilnya retak, lembik atau tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Sebenarnya, kunci utama untuk berjaya buat pavlova terletak pada teknik dan kawalan suhu, bukan bahan semata-mata. Resipi yang dikongsikan ini sudah diuji berulang kali, sesuai untuk yang baru belajar atau pernah beberapa kali gagal. Jom cuba!

Baca juga: Cara Rebus Sagu Supaya Jernih Sempurna & Tak Melekat, Baru Jadi Cantik Macam Mutiara

RESEPI PAVLOVA YANG DIJAMIN MENJADI

resepi pavlova

Bahan-bahan pavlova:

  • 4 biji putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil creamy vanilla (rahsia pavlova wangi dan hilang bau telur)

Cara-cara membuat pavlova:

    1. Masukkan semua bahan sekali gus ke dalam mixer. Tak perlu asingkan atau tunggu putih telur kembang dulu.
    2. Putar menggunakan whisk pada kelajuan sederhana. Proses ini mengambil masa lebih kurang 20 minit sehingga tekstur menjadi stiff peak (keras dan berkilat).
    3. Panaskan oven pada suhu 115°C.
    4. Bakar pavlova selama 1 jam 30 minit.
    5. Selepas siap bakar, biarkan pavlova dalam oven yang tertutup selama 1 jam lagi tanpa dibuka pintu oven.
    6. Bila suhu betul-betul turun, barulah keluarkan pavlova dari oven.

resepi pavlova

Untuk krim atas pavlova, anda boleh gunakan non-dairy whipping cream yang mudah didapati di pasar raya. Antara yang biasa digunakan ialah brand Value Pride atau mana-mana whipping cream bukan tenusu (non dairy).

Cara penyediaannya sangat mudah:

  1. Tuangkan whipping cream ke dalam mangkuk mixing.
  2. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan sederhana hingga adunan mula menjadi pekat.
  3. Teruskan pukul sampai tekstur jadi kental, gebu dan boleh membentuk soft peak.
  4. Bila dah pekat elok, krim sudah sedia untuk digunakan terus atas pavlova.

Panduan Masa Bakar Ikut Saiz Pavlova

Masa membakar pavlova sebenarnya sangat bergantung pada saiz adunan yang dibuat. Lagi besar pavlova, lagi lama masa diperlukan supaya bahagian dalam betul-betul kering dan stabil.

  • Saiz 2.5 – 5 inci
    Bakar lebih kurang 1 jam 30 minit pada suhu 115°C, kemudian biarkan dalam oven tertutup selama 1 jam.
  • Saiz 6 – 8 inci
    Bakar sekitar 2 jam pada suhu 115°C, kemudian rehatkan dalam oven yang ditutup selama 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
  • Saiz lebih besar
    Tambah lebih kurang 30 minit lagi masa bakar bergantung kepada ketebalan pavlova. Masa rehat dalam oven juga perlu dipanjangkan supaya suhu turun perlahan-lahan.

Sumber: Nani Ghazali

Baca juga: Resipi Cheese Tart Buah Cantik & Nampak Premium, Lembut Berkrim Dengan Hiasan Buah Segar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN