puding karamel coklat

Kalau dah selalu buat puding karamel biasa, kali ini apa kata jom cuba resepi puding karamel coklat ini pula.

Puding ini dibuat secara berlapis iaitu kek coklat di bahagian bawah dan puding karamel di bahagian atas.

Bila dipotong nanti, nampak cantik berlapis dan teksturnya pun lembut. Sesuai sangat dijadikan pencuci mulut untuk keluarga, hidangan potluck atau rumah terbuka.

Untuk resipi ini, boleh gunakan loyang 8 inci. Kalau guna loyang 6 inci pula, adunan ini boleh dapat dua loyang. Loyang bulat atau petak pun boleh, ikut yang ada di dapur.

Baca juga: Resipi Puding Gula Melaka, Tak Letak Telur Tapi Teksturnya Tetap Berlemak & Kurang Muak

RESEPI PUDING KARAMEL COKLAT

puding karamel coklat

Bahan-bahan bahagian puding karamel:

  • 4 sudu gula
  • ¼ cawan air panas
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan gula
  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Bahan-bahan A bahagian kek coklat:

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • ¾ cawan susu pekat

Bahan-bahan B bahagian kek coklat:

  • 1¼ cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara penyediaan:

  1. Untuk membuat bahan puding karamel, mula-mula masukkan gula ke dalam kuali atau periuk kecil. Masak dengan api kecil sehingga gula cair dan bertukar warna perang keemasan.
  2. Masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau hingga karamel larut.
  3. Tuang karamel ke dalam loyang dan ratakan di bahagian dasar loyang. Ketepikan dahulu.
  4. Dalam satu bekas, satukan susu pekat, susu cair, gula, telur, esen vanila dan secubit garam.
  5. Kacau sehingga semua bahan sebati. Jika mahu tekstur lebih halus, boleh tapis adunan.
  6. Tuang adunan puding ke dalam loyang yang sudah berisi karamel tadi.
  7. Kukus selama kira-kira 15 minit sehingga puding sedikit mengeras.
  8. Untuk membuat kek coklat pula,Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar. Kisar selama lebih kurang 5 minit sehingga adunan sebati.
  9. Dalam bekas lain, ayak semua bahan B iaitu tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
  10. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A dan gaul sehingga sebati.
  11. Tuang adunan kek coklat ke atas lapisan puding yang telah dikukus tadi.
  12. Kukus semula selama kira-kira 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Jika mahu, anggaran berat untuk satu loyang ialah sekitar 250 gram puding dan 500 gram kek coklat. Tetapi jika tidak mahu menimbang, boleh sahaja agak-agak dan bahagikan adunan kepada dua loyang 6 inci atau gunakan terus loyang 8 inci.

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Resipi Puding Buih Berkuah, Rasa Lemak Manis & Cair Dalam Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN