Categories: Resipi

Cara Buat Pizza Homemade Lembut Dan Gebu, Keju Meleleh Rasa Tak Cukup Sekeping!

Kalau sedang mencari cara buat pizza yang lembut, gebu dan sedap meleleh, resipi ini memang wajib cuba. Dohnya mudah diuli, tidak keras dan hasilnya lembut walaupun selepas sejuk.

Kelebihan buat pizza sendiri ialah boleh sesuaikan bahan dan topping mengikut cita rasa. Nak letak lebih keju, sos atau isi daging pun boleh.

Menariknya, doh dan sos dalam resipi ini juga sesuai untuk pelbagai jenis pizza, sama ada perisa carbonara, tomato atau ayam barbeque.

Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Yang Lembut & Gebu, Nak Frozenkan Pun Boleh!

CARA BUAT PIZZA HOMEMADE

Bahan doh pizza:

  • 1 kg tepung roti
  • 10 g garam
  • Ais batu + telur 2 biji (jumlah berat 580 g)
  • 140 g gula
  • 4 gram pelembut roti
  • 5 g yis (jangan masukkan terlalu awal)

Cara membuat doh pizza:

  1. Uli semua bahan sehingga menjadi doh.
  2. Tambahkan marjerin (100 g) dan teruskan menguli hingga doh licin dan lembut.
  3. Timbang doh (250 g) setiap satu, rehatkan selama 10 minit sebelum dicanai.
  4. Bakar mengikut suhu oven masing-masing hingga masak.

Bahan inti carbonara meleleh:

  • 1 tin sos carbonara segera
  • 1 pek daging kisar (tumis dahulu dengan bawang)
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • Susu segar secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuat inti carbonara meleleh:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar, tumis hingga masak.
  3. Tuangkan sos carbonara.
  4. Bancuh tepung jagung dengan susu segar, kemudian tuang ke dalam periuk. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  5. Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi tepung jagung.

Topping pizza:

  • Mozzarella cheese (lebih banyak lebih meleleh )
  • Sosej (dihiris nipis)
  • Sedikit campuran herba (mix herb)
  • Mayonis dan sos cili (boleh picit di atas pizza sebelum atau selepas dibakar, mengikut cita rasa)

Sumber: Aini Homemade

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

Wan N

Recent Posts

Tak Perlu Banyak Air, Wanita Ini Kongsi Cara Rebus Ikan Guna Setengah Cawan Air Saja!

Cara masak ikan rebus simple ini mungkin sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana hanya menggunakan setengah…

2 hours ago

Resepi Sambal Tumis Udang Guna Pes Segera, Tak Perlu Renyah Untuk Makan Tengah Hari!

Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…

3 hours ago

Resipi Ayam Bakar BBQ Guna Air Fryer, Perapan Manis Pedas Dengan Aroma Mixed Herbs Yang Menyelerakan!

Resepi ayam bakar BBQ antara hidangan yang mudah disediakan di rumah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan…

4 hours ago

Resipi Putu Mayam, Helaian Halusnya Lembut & Sedap Dinikmati Bersama Kelapa Parut Serta Gula Melaka!

Resepi putu mayam homemade ini sesuai dicuba bagi yang menggemari kuih tradisional berasaskan tepung beras.…

4 hours ago

Resipi Nugget Ayam Homemade Dengan Brokoli, Cara Kreatif Selitkan Sayur Dalam Makanan Anak!

Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…

6 hours ago

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

22 hours ago