
Kalau sedang mencari cara buat pizza yang lembut, gebu dan sedap meleleh, resipi ini memang wajib cuba. Dohnya mudah diuli, tidak keras dan hasilnya lembut walaupun selepas sejuk.
Kelebihan buat pizza sendiri ialah boleh sesuaikan bahan dan topping mengikut cita rasa. Nak letak lebih keju, sos atau isi daging pun boleh.
Menariknya, doh dan sos dalam resipi ini juga sesuai untuk pelbagai jenis pizza, sama ada perisa carbonara, tomato atau ayam barbeque.
Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Yang Lembut & Gebu, Nak Frozenkan Pun Boleh!
CARA BUAT PIZZA HOMEMADE

Bahan doh pizza:
- 1 kg tepung roti
- 10 g garam
- Ais batu + telur 2 biji (jumlah berat 580 g)
- 140 g gula
- 4 gram pelembut roti
- 5 g yis (jangan masukkan terlalu awal)
Cara membuat doh pizza:
- Uli semua bahan sehingga menjadi doh.
- Tambahkan marjerin (100 g) dan teruskan menguli hingga doh licin dan lembut.
- Timbang doh (250 g) setiap satu, rehatkan selama 10 minit sebelum dicanai.
- Bakar mengikut suhu oven masing-masing hingga masak.
Bahan inti carbonara meleleh:
- 1 tin sos carbonara segera
- 1 pek daging kisar (tumis dahulu dengan bawang)
- 3 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 1 ketul kiub pati ayam
- 4 sudu besar tepung jagung
- Susu segar secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara membuat inti carbonara meleleh:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, tumis hingga masak.
- Tuangkan sos carbonara.
- Bancuh tepung jagung dengan susu segar, kemudian tuang ke dalam periuk. Masak hingga kuah menjadi pekat.
- Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi tepung jagung.
Topping pizza:
- Mozzarella cheese (lebih banyak lebih meleleh )
- Sosej (dihiris nipis)
- Sedikit campuran herba (mix herb)
- Mayonis dan sos cili (boleh picit di atas pizza sebelum atau selepas dibakar, mengikut cita rasa)
Sumber: Aini Homemade
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














