pes pandan

Siapa yang suka buat kuih muih dan masakan yang menggunakan pes pandan, rupanya anda boleh buat sendiri saja di rumah.

Kalau buat sendiri bukan saja menjimatkan kos, malah diyakini halal dan dijamin tahap kebersihannya.

Bukan itu saja, kuih muih dan masakan anda juga akan menjadi lebih harum berbanding guna pes yang dibeli.

Jika ada yang teringin nak cuba buat pes pandan homeamade, jom ikuti perkongsian oleh Cahaya Rieqal di bawah.

Baca juga: Cara Buat Dadih Homemade Tanpa Guna Dadih Segera, Mudahnya!

CARA BUAT PES PANDAN HOMEMADE

“Biasanya saya akan beli Paste Pandan ni kat kedai jual bahan-bahan kek je. Botol kecil pon dah RM6. Last-last saya buat je pati pandan sendiri memandangkan daun pandan ada banyak stok.

Senang je buat dia tapi kena sabar tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tu. Malam tadi buat Agar-Agar Pandan Santan.. wangi je bau paste pandan buatan sendiri. Jom tengok cara dan resepi Agar-agar Pandan Santan tu.”

Paste pandan ni simpan dalam peti sejuk boleh tahan sebulan. Macam-macam kuih muih dan masakan boleh buat.”

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Basuh bersih-bersih daun pandan, potong kecil dan toskan.

pes pandan

2. Kisar daun pandan bersama anggaran 3 cawan air. Perahkan air daun pandan tu dan simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 malam.

3. Selepas 3 hari. air pandan tu menjadi 2 lapisan. Yang bawah itu adalah pati atau pes pandan. Yang keruh tu boleh dijadikan esen pandan.

4. Keluarkan air bahagian atas, ambil yang hijau pekat tu sahaja.

pes pandan

Info tambahan:

  • Yang bahagian lapisan atas, sesuai untuk buat esen pandan. Kita ambil yang pekat pada bahagian bawah itu untuk dijadikan pes pandan. Tuang hati-hati supaya tak berkeladak semula. Keluarkan air bahagian atas, ambil yang hijau pekat tu saja.
  • Esen Pandan nak buat kuih buah melaka atau kuih ketayap pun sesuai. Esen sebagai pewangi saja, pes untuk perisa. Kalau nak cantik, kena tambah pewarna hijau juga.

RESEPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

Bahan-bahan:

  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 1 mangkuk kecil gula pasir
  • 1600 ml air (asingkan 200 ml untuk bancuhan santan)
  • 1 biji telur
  • 2,3 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu besar pewarna hijau
  • 1 kotak santan pekat
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Satukan santan, telur, 200 ml air & secubit garam dan kacau-kacau guna whisk. Ketepikan.

2. Masukkan air selebihnya ke dalam periuk. Masukkan sekali agar-agar serbuk. Masak hingga mendidih.

3. Masukkan gula, paste pandan dan pewarna hijau.

4. Kacau-kacau hingga gula larut.

5. Masukkan bancuhan santan tadi dan kacau perlahan2 sampai mendidih.

6. Bila dah mendidih biarkan terus merenih selama 3,4 minit. Tapi kena selalu kacau supaya tak membuak keluar agar-agar tu.

7. Tutup api. Tuangkan dan tapis agar-agar ke dalam loyang atau bekas yang dah dibasahkan air terlebih dahulu.

8. Biarkan sejuk diluar selama 3 jam lebih baru masukkan ke dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Kredit: Cahaya RieQal

Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN