Jom buat pati lemon madu ini. Sangat mudah nak buat! Sesuai dicampur ke dalam teh atau untuk dijadikan teh lemon. Pati lemon madu ini juga boleh meredakan batuk dan mengurangkan paras kolestrol.
Bila nak minum, cuma perlu tambahkan air sebab pati ini sangat pekat. Boleh dimakan bersama buahnya sekali kerana tidak ada rasa pahit sama sekali. Lagi lama simpan, rasa jadi lagi sedap!
Jom lihat cara membuatnya yang merupakan hasil perkongsian oleh Siti Hasnah AR di bawah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit.
2. Kemudian bilas dan basuh bersih. Potong nipis, buang biji. Tambahkan halia, kalau tak suka tak perlu letak.
3. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli dan secubit garam. Tak perlu tambah air. Gaul sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar.
4. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari dah boleh guna.
Kredit: Siti Hasnah AR
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…