Kadang-kadang tekak ni teringin nak makan mee kuning, tapi bila beli, ada pula yang tak habiskan, tamat tempoh pula. Jadi apa kata kita cuba resepi mee kuning sendiri di rumah.
Baca juga: Cara Buat Mee Kari Padu, Bertambah Kuah Dibuatnya, Sedap Sangat!
Kalau ada yang suka tekstur lembik-lembik, boleh rebus lama sikit. Boleh rujuk resipi daripada Siti Aisyah, yang hanya gunakan empat bahan ini sahaja.
Resepi Mee Kuning Homemade
Bahan-bahan:
- ½ kg tepung gandum
- 2 cawan air
- Pewarna kuning/kunyit
- 1 biji telur
- 2 cubit garam
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga doh sebati dan licin.
2. Setelah siap diuli, bulatkan doh dan taburkan tepung banyak-banyak.
3. Canaikan doh dengan kayu pencanai hingga menjadi nipis.
4. Lipat doh (seperti dalam gambar) dan potong kecil-kecil.
5. Dah siap potong, leraikannya tabur tepung lagi elak dari melekat.
6. Didihkan air dalam periuk kemudian celurkan mee yang sudah dileraikan tadi. Celur dalam 3 minit.
7. Lepas celur, letak dalam bekas, gaul dgn minyak sikit supaya mee tidak melekat.
Siap!
Nota:
- Sukatan tepung gandum, ikut berapa banyak yang kita nak. Semangkuk ni pun boleh dapat berat sekilo.
- Resipi ini tidak menggunakan tak gunakan air abu atau air kapur.
- Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
- Jika tiada mesin mee, potong dengan pisau pun boleh.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini