Buat para ibu dan isteri yang sentiasa rajin buat bekal untuk suami tersayang ke pejabat, anda kena tahu cara buat meal prep bekal yang menjimatkan masa.
Meal prep merupakan singkatan kepada meal preparation yang bermaksud penyediaan hidangan adalah istilah yang sering digunakan pada zaman moden ini.
Jika anda sering buat bekal, meal prep ini wajib dibuat supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan tak terlalu terburu-buru pada waktu pagi.
Baca juga: Syoknya Bawa Bekal Dari Rumah, Ini 8 Kelebihannya Yang Tak Pernah Anda Sangka!
Tak semestinya anda kena terus masak setelah buat meal prep kerana sesetengah orang agak cerewet dalam bab makan, jika boleh nak lauk yang segar!
Kali ini kami kongsikan cara buat meal prep bekal untuk suami ke pejabat yang cukup menarik, siap ada contoh lagi!
1. Sediakan bekas yang mempunyai banyak pembahagi supaya mudah kerja prep bekal suami anda.
2. Pada waktu malam, potong semua bahan mentah berdasarkan menu yang anda nak sediakan untuk bekal suami anda pada hari esok.
3. Letak bahan-bahan mentah di dalam bekas tadi mengikut menu bekal suami anda, kemudian simpan dalam peti sejuk.
4. Keesokan harinya, anda boleh terus guna bahan mentah yang disediakan dan masak menu bekal suami anda.
5. Setelah siap masak menu bekal suami anda, jangan terus tutup ketika makanan masih panas, tapi biarkan seketika supaya bekas tak berwap.
Di bawah merupakan contoh meal prep yang anda boleh cuba di rumah:
Cara buat meal prep begini bukan saja menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan rumah, malah memudahkan tugas seharian anda sebagai seorang isteri.
Selepas ini pasti anda akan lebih bersemangat untuk sediakan bekal berkhasiat buat suami tersayang.
Semoga bermanfaat!
Sumber: faraherda
Baca juga: 17 Idea Bekal Untuk Ke Pejabat, Buka Penutup Confirm Bau Satu Ofis, Sedapnya!
Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…
Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…
Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…
Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…
Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…
Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…