matcha latte

Matcha latte kini semakin popular di kalangan pencinta kopi dan teh di seluruh dunia dan tidak menghairankan mengapa ia menjadi pilihan ramai. Kombinasi antara serbuk matcha dan susu menghasilkan rasa yang menyegarkan dan penuh aroma.

Menariknya, matcha latte boleh disediakan dengan mudah di rumah menggunakan beberapa bahan asas. Dengan hanya serbuk matcha, air panas, susu dan pemanis, anda boleh menikmati secawan minuman yang sangat menyegarkan ini bila-bila masa.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi resipi mudah untuk membuat matcha latte yang sedap dan memuaskan. Mari kita lihat cara membuatnya di bawah!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Teh Pakistan ‘Original’ Dari Pakistan, Rasa Memang Sedap!

Bahan-bahan:

  • 4g serbuk matcha
  • 60ml air panas
  • 120ml susu
  • 10g sweetener

Cara-cara:

  1. Sediakan mangkuk atau cawan, masukkan 4g serbuk matcha.
  2. Tuangkan 60ml air panas ke dalam cawan yang mengandungi serbuk matcha.
  3. Kacau rata dengan whisk atau garfu hingga serbuk matcha larut sepenuhnya dan berbuih.
  4. Dalam periuk kecil, panaskan 120ml susu di atas api sederhana.
  5. Tambahkan 10g sweetener pilihan ke dalam susu panas dan kacau hingga larut.
  6. Tuangkan susu panas yang telah dicampurkan sweetener ke dalam cawan yang berisi matcha. Kacau perlahan untuk mencampurkan semua bahan.
  7. Matcha latte siap dinikmati! Jika suka, boleh taburkan sedikit serbuk matcha di atasnya untuk hiasan.

Sedia untuk nikmati secawan Matcha Latte yang lazat dan menyegarkan!

Sumber: TikTok matchaonomu

Baca juga: Rahsia Kopi Ais Yang Sedap Kaw Kaw, Memang Rasa Puas Bila Minum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN