Sempena perayaan Hari Gawai yang bakal tiba, kami nak kongsikan cara buat Laksa Sarawak yang sedap. Sekali makan, anda pasti rindu akan rasa asli Bumi Kenyalang.
Laksa Sarawak memang unik dan berbeza dengan laksa dari negeri lain kerana kuahnya yang kaya dan penuh dengan pelbagai rasa yang seimbang. Apabila makan, boleh licin mangkuk dibuatnya.
Jika anda nak cuba buat Laksa Sarawak dengan air tangan sendiri di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Aishah Abd Radzak di Facebook ini. Jom kita mula!
Baca juga: Resepi Laksa Penang Berkuah, Ini Rahsia Aroma Wangi Yang Luar Biasa
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus ayam sampai masak, kemudian toskan.
2. Selepas itu, rebus udang sampai masak.
3. Kemudian, guna air rebusan dan masukkan 1 pek pes laksa sarawak.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
5. Seterusnya, masak sampai mendidih lagi.
6. Sementara itu, boleh buat sambal belacan seperti biasa.
7. Kemudian, racik ayam dengan halus, goreng telur dadar, gulung dan potong.
8. Akhir sekali, hiaskan dengan udang, taugeh yang dicelur, potongan limau kasturi dan sambal belacan. Siap untuk dihidang!
Setelah menggunakan cara buat Laksa Sarawak ini, anda akan terkejut dengan hasil kuah pekat, wangi, beraroma serta berlemak santan yang cukup memikat selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Aishah Abd Radzak
Baca juga: Resepi Laksa Sarawak Paling Asli, Kuah Dijamin Tiada Rasa Jamu
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…