kuih pau sambal

Jika teringin makan sesuatu yang gebu dan sedap, namun mahukan juga rasa sedikit pedas, anda wajib cuba cara buat kuih Pau Sambal yang besarnya bukan main lagi.

Pau Sambal ataupun ada orang menyebutnya sebagai burger malaysia kerana rupanya yang seakan burger cuma intinya dari sambal ikan bilis seperti sambal ikan bilis nasi lemak.

Kuih Pau Sambal sering menjadi pilihan para peniaga yang menjual kuih di gerai tepi jalan. Selain itu, ia sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan santai pada waktu petang.

Norfaezawati Wahid telah kongsikan cara buat kuih Pau Sambal di Facebook yang cukup mudah sampaikan ramai terpegun lihat hasilnya yang besar dan gebu. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar

CARA BUAT KUIH PAU SAMBAL

kuih pau sambal

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan adunan yis dengan mencampurkan mauripan, susu pekat, gula dan air suam dalam satu bekas.

2. Selepas itu, biarkan 15 minit sampai adunan yis jadi berbuih.

3. Kemudian, gaulkan tepung, marjerin dan telur dalam satu bekas lain.

4. Seterusnya, masukkan air adunan yis sedikit demi sedikit dan gaul perlahan-lahan.

5. Selepas itu, uli sehingga tepung tak melekat pada tangan.

6. Tutup adunan dan wrapkan sebentar, kemudian biarkan doh rehat selama 30 minit dan adunan akan naik dua kali ganda.

7. Setelah itu, tumbuk doh tadi bagi keluar angin dan uli selama 5 minit.

8. Akhir sekali, bentukkan bulat-bulat dan tunggu agak naik sedikit, kemudian boleh terus goreng, angkat dan toskan. Siap untuk digunakan!

kuih pau sambal

Bagi menyempurnakan cara buat kuih Pau Sambal ini, anda boleh belahkan dua dan letakkan sambal yang lazat bersama potongan timun dan rasa gebunya pasti memikat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Norfaezawati Wahid

Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN