Cara buat kuih kaswi kacang merah ini cukup mudah dan ringkas. Jika anda peminat kuih kaswi wajib cuba versi ini pula. Teksturnya yang kenyal dan rasa lemak manis memang sangat sedap.
Bukan saja rupanya yang cantik, malah teksturnya yang kenyal juga pasti akan membuatkan kuih ini digemari oleh sesiapa sahaja. Mari kita lihat apakah bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah.
Baca juga: Guna 3 Jenis TEPUNG Ini, Kuih Kaswi Jagung Akan Jadi Lembut Elok & Menggedik!
CARA BUAT KUIH KASWI KACANG MERAH
Bahan-bahan A:
– 1 cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung ubi
– 2 cawan air biasa + ½ cawan susu cair
– 2 sudu besar air kapur
– ¾ cawan gula
– 1 cawan kacang merah dalam tin (hancurkan)
– Sedikit garam
– Sedikit pewarna merah jambu
Bahan-bahan B:
– 1 ½ cawan santan
– 3 sudu besar tepung beras
– 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Campur semua bahan A di atas dan kisar sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam acuan kuih dan kukus sehingga masak.
3. Biarkan sejuk sebelum dihidangakan dengan kuah santan.
4. Cara membuat kuah santan pula, satukan semua bahan B di atas dan masak dengan api perlahan sehingga meruap dan meletup-letup. Kena sentiasa kacau.
5. Kuah akan menjadi kental apabila sudah sejuk.
6. Sedia untuk dihidangkan. Boleh tabur sedikit bijan di atas kuah santan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Yana Abu Hussin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Jom Cuba Kuih Kaswi Keledek Ungu Pula, Lembut & Bergedik Elok!