Seorang pengguna Facebook berkongsikan cara buat kuey teow celup versi sihat yang mudah dan yang penting sedap! Sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Siapa kata kalau nak diet perlu makan buah dan sayur sahaja? Rupanya boleh juga makan pelbagai makanan tapi perlu mengawal kuantiti makanan diambil.
Tidak dinafikan juga, mungkin ramai yang dalam proses menurunkan berat badan tapi teringin nak makan makanan yang sedap. Haa resipi ini khas untuk anda!
Cara Buat Kuey Teow Celup Versi Sihat
Bahan-bahan kuah sup:
- Seulas bawang putih
- Air
- Ayam dada
- Kaki ayam
- Secukup rasa
- Garam
- Gula
- Kicap manis
- Kacang goreng tanpa minyak (ditumbuk)
- 2 sudu sos ikan
- Akar daun ketumbar
- Akar daun sup
Cara-cara membuat kuah sup:
- Tumis bawang putih. Kemudian masukkan air.
- Seterusnya masukkan bahan-bahan lain.
- Didihkan seketika.
Cara hidangan:
- Bilas kuey teow dengan sedikit air suam dan letak dalam mangkuk.
- Taburkan kacang tumbuk, serbuk cili, cili jeruk, kangkung, taugeh, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, limau nipis dan isi ayam dada yang telah diracik.
- Masukkan juga minyak bawang putih. (tumbuk bawang putih sehingga hancur, kemudian goreng dalam minyak panas sampai garing).
- Selamat mencuba!
Kredit resipi: Leeya Bridal Melaka