
Bagi yang suka makan ikan kukus tapi tak nak masak dengan renyah, boleh sediakan siap-siap dengan resipi kuah sambal untuk ikan kukus ini. Nak masak nanti, tinggal guna saja.
Nak masak ikan kukus sebenarnya tak susah. Dengan kuah sambal yang mudah disediakan, anda boleh nikmati ikan kukus yang sedap tanpa perlu masak lebih lama.
Resipi kuah sambal untuk ikan kukus yang dikongsikan oleh Ida Shahida cukup berguna dan sesuai untuk orang yang sibuk tapi tetap nak makan hidangan sedap di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Pencicah Thai Homemade, Confirm Sedap Untuk Ayam, Sotong Dan Kerabu!
RESIPI KUAH SAMBAL UNTUK IKAN KUKUS

Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih (diketuk dan buang kulit)
- 2 inci halia
- 3 cili merah
- 10 cili padi (boleh tambah ikut tahap kepedasan)
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil stok ayam
- 1 cawan air panas
- Air daripada 3 biji limau nipis
- Air daripada 2 biji limau purut (jika ada)
- 1 sudu besar cuka (jika suka)
Cara-cara buat sambal untuk ikan kukus:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Tuang kuah ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan bila perlu.
3. Rasa dulu kuahnya. Pastikan masin, manis dan masam seimbang.

Tips memasak ikan:
- Kuah sambal ini tak perlu dimasak, jadi lebih cepat dan praktikal.
- Kukus atau rebus ikan bersama serai dan garam
- Selepas ikan masak, buang airnya untuk elak bau hanyir.
- Rebus ikan lebih elok untuk hilangkan hanyir, tapi isi mungkin sedikit keras.
- Kukus pula buat isi ikan lebih lembut. Pilih ikut selera anda.
Dengan cara ini, ikan kukus bukan saja cepat dan mudah, tapi rasa kuah sambalnya sangat sedap dan sentiasa segar. Jadi, tak perlulah masak banyak kali lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Shahida
Baca juga: Bawal Masak Stim Simple, Menu Orang Baru Kahwin Ini Buat Suami Puji Berbakul
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














