Pelbagai resipi kek telah dijumpai tapi tak semua orang terus pandai membuatnya dengan sempurna. Jika anda baru belajar, seeloknya anda cuba buat kek simple terlebih dahulu.
Secara asasnya, kek dibuat daripada campuran tepung, telur, gula, agen penaik dan perisa. Dengan pelbagai bentuk dan saiz, ia sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sebarang jamuan.
Bagi menambahkan kelazatannya, pencuci mulut ini sering diletakkan bahan perisa seperti buah-buahan, kacang, manisan dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh diisi dengan bahan lain seperti sos kastard, whipping cream dan lain-lain.
Nak mulakan langkah untuk buat kek sebenarnya tak susah mana pun, cukup anda ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Jebat Shima di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kacau gula dan telur dengan memakai sudu atau garfu saja dalam mangkuk.
2. Selepas itu, campurkan minyak, serbuk koko, baking powder, tepung gandum dan soda bikarbonat bersama adunan tadi. Kemudian, kacau sehingga sebati.
3. Akhir sekali, tuang dalam bekas dan kukus selama 15 hingga 25 minit. Siap untuk dinikmati!
Buat pengetahuan anda, ramai yang begitu tertarik untuk mencuba resipi kek simple ini kerana ia dibuat dengan menggunakan 4 sudu yang sangat mudah.
Walaupun nampak ringkas, namun rasanya yang sedap dan lembut memang mengagumkan sampaikan ada yang tak percaya dengan hasilnya.
Jika mahu pencuci mulut ini nampak lebih menarik, anda boleh hiaskan dengan sprinkles, coklat ganache, krim icing dan choco chip mengikut kreativiti tersendiri.
Selain itu, anda boleh gunakan resipi ini untuk buat pelbagai jenis kek dengan hanya menukar serbuk koko kepada perisa lain seperti pandan, kopi, kelapa dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Jebat Shima
Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…