Categories: Informasi

5 Jenis Ikan Kering Yang Popular Sebab Sedap, Tapi Tak Boleh Makan Selalu!

Orang yang lahir di kampung memang tak lari daripada makan ikan kering dengan nasi. Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis ikan kering yang sedap dimakan.

Pada zaman dulu, ikan kering sering dimakan semasa musim tengkujuh, iaitu ketika ombak sangat bergelora dan cuaca tak mengizinkan untuk nelayan pergi menangkap ikan di laut.

Pelbagai jenis ikan kering yang dijual sekarang, namun kami telah menjumpai yang rasanya sedap tak terkata untuk anda cuba. Jom kita tengok!

Baca juga: Tutorial Menyiang Ikan Cara ‘Newbie’, Sesuai Untuk Orang Yang Baru Masuk Dapur!

5 JENIS IKAN KERING YANG SEDAP

1. Ikan Masin Talang

Ikan Masin Talang terkenal sebagai ikan kering berisi padat dan banyak. Paling sedap, ia digunakan untuk buat masak lemak nenas.

Gabungan rasa ikan talang bersama masamnya buah nenas menjadikan lauk ini sungguh lazat untuk dimakan. Sesiapa yang mencubanya, pasti nak lagi.

2. Ikan Masin Gelama

Ikan kering paling legend dan jadi makanan tradisi sejak dulu, tak lain dan tak bukan mestilah Ikan Masin Gelama yang sedap dibuat masak goreng asam, goreng bersambal dan pulut.

3. Ikan Masin Kurau

Jika sering ke pasar pagi, anda akan lihat ramai peniaga menjual Ikan Masin Kurau. Namun, tak semua orang boleh menangkapnya kerana hanya nelayan berlesen saja yang dibenarkan.

Ikan kering ini mempunyai rasa lebih padu dan sedap dimasak cuka. Gabungan masin dan rasa cuka akan buat lidah menikmati rasa yang luar biasa.

4. Ikan Masin Tenggiri

Buat anda yang sering memesan sayur kailan ikan masin di kedai makan, sebenarnya anda telah makan Ikan Masin Tenggiri yang dipotong dadu atau kecil-kecilan tau.

Rasa ikan kering ini cukup menyelerakan bersama sayur kailan. Selain itu, ia juga sering dimasak secara goreng yang dicampurkan dengan cili dan bawang.

5. Ikan Masin Bulu Ayam

Ikan Masin Bulu Ayam ialah ikan kering paling popular dan diminati ramai. Bukan setakat rasanya rangup, malah baunya yang menyengat memang mengundang selera.

Ikan kering ini mudah disediakan dengan cara menggoreng sambil campur cili padi dan bawang besar. Selain itu, ia boleh dihidang secara goreng bersambal.

Proses buat ikan masin diperapkan dengan garam kasar dan dijemurkan sampai ikan jadi kering, maka kandungan garamnya agak banyak.

Oleh itu, anda tak digalakkan untuk selalu memakannya bagi memastikan kesihatan lebih terjaga. Jika sekali-sekala nak merasa, tak mengapa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ami Ghazali

Baca juga: 5 Jenis Kerang Di Malaysia Dan Cara Memasaknya, Patutlah Isi Sedap Luar Biasa!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

1 day ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 day ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

1 day ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago