Mudah saja cara buat kek batik macam yang kita biasa beli. Tapi biasanya kek batik dijual dalam bentuk ‘petak’ kan? Kali ini jom cuba kek batik versi gulung ini pula.
Cara penyediaannya sama saja seperti kek batik biasa. Tapi cara penyimpanannya yang berbeza. Kek batik gulung dibalut menggunakan plastik, manakala kek batik biasa menggunakan loyang.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Azura Mohd Sadli di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Carrot Tanpa Guna Penimbang, Tapi Gerenti Jadi!
1. Cairkan butter. Kemudian masukkan gula, susu pekat, milo dan serbuk koko. Kacau sebati sehingga tidak berketul.
2. Kemudian, masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan. Gaul sehingga adunan coklat tersalut pada semua biskut.
3. Ambil plastik, apa-apa plastik pun boleh contohnya plastik yang digunakan untuk bingkus bihun goreng.
4. Letakkan adunan biskut marie tadi secukupnya di atas platik.
5. Tekan supaya padat dan bentukkan seperti dalam gambar ini.
6. Uli sehingga jadi bulat memanjang seperti ini.
7. Balut dan ikat hujung kedua-dua belah menggunakan getah.
8. Sejukkan di dalam peti ais. Bila sudah keras, sedia untuk dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azura Mohd Sadli
Baca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim
Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…
Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…
Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…
Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…
Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…
Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…