jeruk buah sentul

Pernah cuba jeruk buah sentul? Buah sentul mungkin tidak sepopular mangga atau kedondong untuk dijadikan jeruk.

Tapi rasanya yang unik, masam, manis dan sedikit kelat menjadikan jeruk ini lain daripada yang lain. Bila kena pula dengan campuran kuah yang pedas-pedas manis, memang boleh ketagih!

Jeruk ini sedap dimakan begitu sahaja. Lebih lagi jika dinikmati sejuk selepas disimpan dalam peti sejuk. Jom kita cuba buat sendiri jeruk buah sentul versi ringkas tapi padu rasanya!

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

RESEPI JERUK BUAH SENTUL

jeruk buah sentul

Bahan-bahan kuah:

  • Gula putih
  • Gula melaka
  • Sedikit air
  • Cili kering dikisar (kalau nak lebih pedas, boleh tambah 2-3 biji cili padi)

Bahan utama:

  • Buah sentul (dikupas dan dicincang)

Tip: Lepas kupas buah, terus cincang dan rendam dalam air garam semalaman. Ini untuk elakkan buah jadi lebam.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam periuk bersama gula putih dan gula melaka. Masak hingga larut dan sebati.
  2. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan kuah mendidih sambil dikacau perlahan. Bila kuah dah masak, sejukkan dulu.
  3. Buah sentul yang telah direndam semalaman disiram dengan air bersih, kemudian toskan. Bila air dah kering, masukkan buah ke dalam bekas atau botol bersih.
  4. Tuangkan kuah yang telah disejukkan ke dalam bekas berisi buah.
  5. Akhir sekali, masukkan 3-4 sudu makan cuka untuk menambah rasa masam jeruk.
  6. Siap! Simpan dalam peti sejuk dan makan bila-bila masa. Selamat mencuba!

Sumber: Amani Amin

Baca juga: Jeruk Pedas Ini Buat Kecur Air Liur, Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN