Categories: Resipi

Cara Buat Jajangmyeon Guna Mi Segera Ala Bujang Style, Jimat & Kenyang

Bagi peminat k-drama, pastinya korang terliur melihat adegan makan seperti jajangmyeon yang sering dipaparkan di kebanyakan babak dalam drama produksi mereka.

Antara yang selalu dilihat adalah makanan-makanan seperti tteokbokki, kimchi, dan banyak lagi.

Tidak dinafikan setiap kali melihat mereka makan, timbul rasa mengidam dan ingin cuba makanan yang mereka makan.

Baca juga: Tak Perlu Ke Korea, Ini Dia Resipi Bibimbap Nasi Campur Korea Yang Mudah & Sedap

Tapi, sekarang dah tak susah lagi kerana terdapat banyak restoran makanan Korea yang ada di Malaysia.

Selain itu, makanan segera juga turut dijual di pasar raya, tetapi korang hendaklah memastikan sama ada ia halal atau tidak.

Bagi menikmati makanan Korea tanpa was-was, korang juga boleh melakukannya sendiri di rumah.

Berikut merupakan resipi jajangmyeon yang telah dikongsi oleh Encik Syaf Kun dengan hanya menggunakan mi segera.


RESIPI JAJANGMYEON GUNA MI SEGERA

Bahan-bahan:

  • 4-5 ekor udang yang sudah dibersihkan
  • 1 bungkus mi segera, nak guna mi dia sahaja
  • 2-3 inci lobak merah dipotong dadu
  • 2-3 inci lobak putih dipotong dadu
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar sos hoisin
  • 1-2 sudu besar air tepung jagung
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • Gula secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan kicap manis, lobak putih dan lobak merah, masak sekejap.

3. Masukkan sos housin (biasanya dijual di pasaraya dalam botol kaca), gula dan air tepung jagung sikit untuk bagi pekat.

4. Kemudian, masukkan udang dan angkat bila masak.

5. Rebus mi segera, perencah tak perlu.

6. Tuang kuah jjangmyeon di atas mi Maggie tadi dan gaulkan sekata. Siap!

Mudah sahaja kan? Rasanya masin, masam manis-manis sikit. Memang sedap. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Maggi Kari Tumis, Berebut Nak Makan Musim Hujan Ni!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago