Categories: Resipi

Resipi Inti Sardin Paling Sedap Untuk Sandwic, Ada Tip Elak Berminyak & Rasa Lebih Creamy!

Kalau tengah cari cara buat inti sardin yang sedap dan mudah, resipi ini memang kena cuba. Sesuai sangat untuk dijadikan inti sandwich, roti bakar atau pau, bahan yang digunakan pun ringkas dan cepat disediakan. Tak perlu pening fikir menu, terutama bila nak sediakan sarapan atau bekal yang mengenyangkan.

Menu sardin memang antara penyelamat bila dalam keadaan sibuk atau bahan di dapur terhad. Dengan sedikit tambahan seperti cheese, telur dan mayonis, inti sardin boleh jadi lebih sedap, berlemak dan berkrim. Rasa pun lebih seimbang, tak terlalu hanyir dan lebih mesra selera semua peringkat umur.

Apa yang penting, cara masak kena betul supaya inti tak terlalu berminyak dan teksturnya elok bila dimakan dengan roti. Bila dapat inti yang cukup rasa dan tak lembik, memang puas hati makan. Sekali cuba, memang akan jadi menu ulang masak.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Telur Ringkas & Sedap, Menu Sarapan Cepat Yang Tak Pernah Jemu

CARA BUAT INTI SARDIN PALING SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz kecil)
  • 2 sudu besar cili kisar/boh
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit kicap
  • 1 keping cheddar cheese
  • 1 biji telur
  • Mayonis secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan sardin bersama sosnya. Gaul perlahan supaya isi ikan tidak terlalu hancur.
  3. Perasakan dengan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Kacau hingga sebati dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan sekeping cheddar cheese dan biarkan ia cair dalam inti sardin.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan seketika sebelum dikacau perlahan. Elakkan kacau terlalu kuat supaya masih ada tekstur dan tidak terlalu hancur.
  6. Masak hingga inti agak kering dan tidak terlalu berminyak. Ini penting supaya sandwich tidak lembik atau “huduh”.
  7. Tutup api dan biarkan inti sejuk sedikit. Kemudian campurkan mayonis untuk rasa lebih berlemak dan creamy.
  8. Inti sardin siap untuk digunakan bersama roti sandwich kegemaran.

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Puding Roti Sos Kastard Lembut & Berkrim, Sekali Suap Terus Jatuh Cinta!

Wan N

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

10 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

11 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

11 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

11 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

13 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

16 hours ago