cara buat ginger beef

Kalau pergi Restoran Cina Muslim, mesti wajib order menu Ginger Beef ini. Siapa penggemar makanan cina pasti pernah cuba kan?

Harga pun boleh tahan mahal untuk satu hidangan kecil. Nak lagi puas, apa kata kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Wan Luqman di bawah.

Baca juga: Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Sedap, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!

Resipi Ginger Beef Ala Restoran Cina Muslim

1. Buat segi empat tepat dulu, lepas tu hiris nipis mengiring macam abang kachak kita ni potong.

ginger beef

2. Kemudian perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. (bahan agak-agak mengikut kuantiti daging)

3. Gaul rata dan rehatkan seketika.

ginger beef

4. Sediakan bahan untuk kuah. Air bancuhan tepung jagung, air bancuhan sos tiram (5 sb sos tiram campur dengan 6 sb air), hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.

5. Sebelum mula menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letakkan minyak. Kemudian alihkan minyak dan tinggalkan sedikit saja. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging tu melekat di kuali.

6. Masukkan daging dan goreng. Jangan goreng lama sampai garing.

7. Angkat dan rehatkan seketika.

8. Kemudian masukkan bawang, halia dan daun bawang.

9. Seterusnya masukkan daging.

ginger beef

10. Masukkan pula air bancuhan sos tiram tadi.

11. Secubit blackpepper.

12.Masukkan daun bawang, gaul rata. Tengok kuah dia, kalau tak pekat baru tambah air bancuhan tepung jagung tadi. Kalau dah pekat, tak perlu tambah.

13. Gaul sekejap dengan api kuat dan siap!

ginger beef

Hasilnya, nampak sedap kan?

ginger beef

Sumber: Wan Luqman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN