Tak susah pun rupanya cara buat fucuk sendiri di rumah. Hanya perlu menggunakan air soya segar tanpa gula.
Jika buat sendiri, fucuk dijamin lebih bersih dan tidak was-was dari segi cara pemprosesannya. Tapi ada caranya supaya hasil kejadian fucuk menjadi lebih cantik.
Baca juga:Cara Buat Mayonis Homemade Guna 5 Bahan, Lagi SEDAP Dari Beli!
Fucuk soya ni memang sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sambal goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi.
Berikut merupakan cara membuat fucuk homemade yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Zara untuk rujukan anda semua.
Cara Buat Fucuk Homemade
1. Rendam kacang soya semalaman dan buang kulit (tak dapat buang semua tak apa, yang penting 50% dapat buang kulit). Kemudian kisar soya, nisbah air 1:2. Tapis airnya.
2. Rebus air soya. Boleh guna apa-apa bekas periuk. Saya guna bekas makanan buffet. Guna teknik double boil hasilnya akan menjadi lebih cantik.
3. Air soya yang telah direbus masak. Pastikan api sentiasa terpasang, guna api sederhana.
3. Apabila permukaan soya jadi mengeras, boleh angkat menggunakan lidi.
4. Kemudian jemurkan. Biar sehingga betul-betul kering. Ulang proses tadi sehingga dapat dalam kuantiti yang banyak.
Kredit: Siti Zara’s
Baca juga: Cara Buat ‘Mushroom Seasoning Homemade’, Lebih Jimat Dari Beli