durian crepe

Kalau teringin makan durian crepe gebu-gebu macam yang dijual di kedai, boleh cuba resipi homemade yang Khairul Aming kongsikan ini. Mudah, sedap dan confirm jadi kalau ikut langkah betul.

Isi durian pula memang padat! Kalau guna Musang King, lagi padu rasanya. Makan sejuk-sejuk, memang puas hati.

Oleh itu, kalau sebelum ini selalu beli saja, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Confirm jadi kalau ikut tip yang diajar oleh Khairul Aming ini!

Baca juga: Resipi Serawa Durian Pekat Berlemak, Makan Dengan Pulut Memang Layan Habis!

CARA BUAT DURIAN CREPE

durian crepe

Bahan-bahan:

  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi kayu
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu segar (fresh milk)
  • ½ cawan air
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning atau hijau (ikut suka)
  • Non-dairy whipping cream atau full cream
  • Isi durian (lebih sedap guna Musang King)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua tepung, telur dan susu segar ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga air, minyak masak, garam dan pewarna.
  2. Kisar atau kacau adunan hingga sebati dan tapis supaya hasilnya licin.
  3. Gunakan kuali kecil supaya saiz crepe lebih kecil dan kemas apabila dilipat.
  4. Panaskan kuali non-stick tersebut. Tuang sedikit adunan, ratakan nipis-nipis. Masak dengan api perlahan hingga permukaan kering, tak perlu terbalikkan.
  5. Angkat kulit crepe dan biarkan sejuk. Ulang proses sampai habis adunan.
  6. Pukul whipping cream hingga kental.
  7. Ambil sekeping kulit crepe, letak lapisan krim, kemudian isi durian. Tambah lagi krim jika suka.
  8. Lipat crepe perlahan-lahan. Jangan buat terlalu tebal supaya senang dilipat dan tidak mudah koyak.
  9. Simpan durian crepe yang siap dilipat dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber: Khairulaming

Baca juga: Cara Elak Tempoyak Jadi Masam, Tak Cepat Berkulat & Lebih Tahan Lama

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN