cara buat dim sum

Mak-mak yang sukakan dim sum mesti dah biasa beli jenis yang sejuk beku di luar. Kali ini kami dah jumpa cara buat dim sum yang mudah dan lain dari yang lain!

Dim sum merupakan makanan Cina berbentuk hidangan ringan yang biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Cara buat dim sum dengan menggunakan kulit popia Vietnam yang dikongsikan oleh Kak Her di Facebook ini sangat menarik. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Dim Sum Ekpress & Dicicah Pula Dengan Sos Pedas, Memang Terbaik!

CARA BUAT DIM SUM GUNA KULIT POPIA VIETNAM

cara buat dim sum

Bahan-bahan dim sum:

  • Kulit popia Vietnam
  • 400g ayam kisar Ramly (nak tukar isi udang pun boleh)
  • Crab stik (tambahan)
  • Lobak merah (diparut)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Suhun (rendam dalam air panas supaya lembut)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu tepung jagung

Cara-cara penyediaan dim sum:

1. Gaul rata semua bahan kecuali kulit popia Vietnam untuk jadikan sebagai inti ayam.

2. Gunting kulit popia Vietnam macam dalam gambar mengikut keperluan sedikit demi sedikit.

cara buat dim sum

3. Setiap 4 hingga 6 helai direndam dengan air sejuk. Jangan rendam banyak-banyak nanti lembik melekat.

4. Kulit dah agak lembut terus ambil inti ayam, kemudian balut macam dalam gambar sampai habis kulit yang direndam, ulang langkah di atas sampai habis inti.

5. Lumur minyak masak atas pinggan supaya dim sum tadi tak melekat. Lumur setiap biji dengan minyak.

6. Kukus sekali dengan pinggan ikut muatan saiz periuk dalam 15 minit. Nak goreng terus sampai kulit kekuningan pun boleh. Siap!

Bahan-bahan sos cicah:

  • Sos cili Thai
  • Kicap manis
  • Sedikit minyak bijan
  • Biji bijan (tambahan)
  • Air Suam

Cara-cara penyediaan sos cicah:

1. Sukatan kicap hendaklah kurang dari sukatan sos. Contohnya, jika 3 sudu sos, gunakan 2 sudu kicap.

2. Gaul semua bahan dengan sebati. Letakkan cili padi jika suka pedas. Siap!

Petang-petang memang sedap makan dim sum ini bersama anak-anak. Kali ini guna kulit popia Vietnam, rasanya lebih berbeza daripada dim sum biasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Her

Baca juga: Resipi Mudah Dim Sum Filet Ketam, Cicah Dengan Sos Cili Thai Lagi Padu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN