Categories: Resipi

Stok Daging Korban Banyak? Ini Cara Buat Daging Bakar Ala Danok Yang Lembut Dan Juicy

Kalau anda sedang cari cara buat daging bakar yang sedap, juicy dan mudah dibuat di rumah, resipi ala Danok ini memang wajib cuba. Dengan teknik perapan yang betul dan sos cicah ala Thai yang pedas masam manis, hasilnya memang buat makan bertambah.

Ramai suka menu ini sebab rasa dagingnya cukup berperisa walaupun hanya guna bahan dapur biasa. Lagi best kalau ada stok daging korban dalam peti sejuk, memang ngam sangat cuba resipi viral ini.

Perkongsian daripada Diaz Yushazlina di Facebook turut mendapat perhatian ramai kerana hasil daging bakarnya nampak lembut, berjus dan menyelerakan.

Baca juga: Tips Daging Cepat Empuk Guna Teknik 5:30:7, Ramai Dah Cuba Memang Menjadi!

CARA BUAT DAGING BAKAR ALA DANOK

Bahan Perapan Daging:

  • 1 kilogram daging
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 hingga 3 sudu besar brown sugar
  • 1 keping gula Melaka
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit minyak
  • 1 hingga 2 sudu serbuk perasa
  • Halia hiris nipis

Cara Perap Daging Supaya Lembut:

1. Potong daging tebal sekitar 2 hingga 3 cm.

2. Satukan semua bahan perapan dalam bekas.

3. Gaul sehingga daging bersalut rata.

4. Masukkan hirisan halia untuk bantu lembutkan daging.

5. Simpan dan perap semalaman dalam peti sejuk.

Bahan Sos Cicah Ala Thai Danok:

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu besar beras sangai
  • 1 hingga 2 ulas bawang putih
  • 2 biji limau nipis
  • 1 hingga 2 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil brown sugar
  • ½ keping gula Melaka
  • Chili flakes
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 biji bawang besar hiris nipis

Cara Buat Sos Daging Bakar:

1. Tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih sehingga halus.

2. Masukkan sos ikan, brown sugar dan gula Melaka.

3. Tambahkan beras sangai yang telah ditumbuk.

4. Perahkan limau nipis.

5. Masukkan sos cili dan sos tiram.

6. Tambahkan daun ketumbar dan chili flakes.

7. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris.

Cara Bakar Daging Supaya Juicy

Selain perapan, teknik membakar juga penting dalam cara buat daging bakar yang sedap.

Menurut perkongsian asal, daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib sekitar 20 hingga 30 minit dengan api perlahan.

Tips Daging Bakar Sedap

  • Gunakan api kecil supaya daging masak sekata
  • Jangan bakar terlalu lama supaya daging tidak keras
  • Balikkan daging bila permukaan mula garing
  • Rehatkan daging beberapa minit sebelum dipotong

Petua Cara Buat Daging Bakar Cepat Empuk

Ramai sebenarnya gagal dapat tekstur daging yang lembut sebab salah teknik.

Antara petua penting yang boleh cuba:

1. Perap Semalaman

Ini antara langkah paling penting untuk bagi rasa lebih sebati.

2. Guna Halia Dalam Perapan

Halia membantu melembutkan serat daging secara semula jadi.

3. Potong Daging Melawan Urat

Cara potong daging juga memainkan peranan supaya hasilnya tidak liat.

Kalau anda tengah cari cara buat daging bakar yang mudah tapi rasa macam makan dekat kedai Thai, resipi ini memang patut masuk dalam senarai wajib cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Diaz Yushazlina

Baca juga: 12 Resipi Menu Daging Simple Paling Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Haji, Ramai Cari Bila Dapat Daging Korban!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago