Memang nampak menyelerakan dan mudah resepi cinnamon roll yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ni.
Menurut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi, beliau hanya menggunakan beberapa bahan mudah tap perlu uli-uli tepung patut la namanya ekpress.
Baca juga: Resepi Roti Paratha Sosej Cheese Gulung Guna Air Fryer, Semudah ABC!
Buat je sendiri cinnamon roll yang gebu dan lazat seperti di kedai roti atau bakery.
Bahan utama yang digunakan untuk buat cinnamon ekspres ialah Roti Paratha.
4 kpg paratha
3 sudu butter
2 sudu nestum
2 sudu susu tepung
1 sudu cinnamon powder
1/2 cwn gula perang
1. Mula-mula kita gaul sebati butter + nestum + susu tepung + gula perang + serbuk cinnamon.
2. Kemudian susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.
3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.
4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas. Lebih kurang macam ni bentuknya.
5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.
6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.
7. Sedia untuk dibakar. Panaskan AF 200/5min.
8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200/10min. Saya guna air fryer.
(Nak guna oven pun boleh, terpulang pada suhu oven masing-masing.) Inilah hasilnya!
Mudah sangat kan? Tak payah nak uli-uli dah. Memang best kalau ada stok paratha instant dekat rumah. Macam-macam boleh buat sebenarnya.
Perapan ayam yang sedap boleh buat rasa ayam lebih berperisa walaupun hanya dimasak dengan cara…
Pasta bake pedas daging ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan pasta yang mengenyangkan dengan…
Kek coklat lapis cream cheese ini sesuai untuk yang suka gabungan kek coklat dengan lapisan…
Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan…
Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap…
Paru goreng memang menjadi pilihan ramai sebagai lauk sampingan, terutama apabila dihidangkan bersama nasi lemak.…