Dalam artikel kali ini, MyResipi akan kongsikan cara buat cili kisar agar tahan lama. Pasti ada yang mengalami masalah di mana cili kisar menjadi berair dan berbau masam, bukan?
Bukan itu saja, cili kisar yang disimpan lama di dalam peti sejuk juga akan menyebabkan timbulnya kulat putih di atas permukaan cili kisar.
Apabila timbul semua masalah tersebut, cili kisar akan dibuang begitu sahaja kerana akan menyebabkan keracunan makanan jika tetap digunakan.
Jangan risau, selepas ini gunakan teknik yang dikongsikan di bawah untuk memastikan cili kisar tahan lama dan tidak cepat rosak.
Baca juga: Cara Simpan Serai Tahan Lebih Lama, Berbulan-Bulan Masih Harum & Segar!
Berikut merupakan cara-cara membuat cili kisar yang tahan lama:
1. Selepas kisar cili kering, jangan terus simpan di dalam bekas.
2. Tuang cili kisar ke dalam kuali dan masak terlebih dahulu tanpa minyak.
3. Masak sehingga air dalam lada menjadi kering. Guna api sederhana besar.
4. Untuk elak cili terpercik, tutup kuali menggunakan tudung penutup.
5. Kacau dengan kerap supaya tidak hangus pada bahagian bawah.
6. Apabila warna bertukar sedikit gelap dan air pun sudah kering, matikan api.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum simpan ke dalam bekas kedap udara.
8. Simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Semoga bermanfaat!
Kredit: Sis Dee
Baca juga: Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal
Siapa yang suka makan kek lapis Apollo perisa coklat pasti tahu berapa sedapnya kek ini.…
Adakah anda teringin biskut yang rangup, kaya dengan rasa mentega dan manis berkrim? Inilah resipi…
Resepi agar agar soya cincau ini jarang dibuat orang dan pasti ramai yang tidak pernah…
Nak makan kuih sedap, kami cadangkan anda cuba resipi Kuih Seri Muka simple yang boleh…
Kek cawan coklat ini adalah pilihan yang tepat untuk peminat coklat tegar kerana gabungan rasa…
Buat anda yang mempunyai hobi membuat kuih atau kek pada masa lapang di rumah, kenalah…