Categories: Resipi

Resipi Kek Cawan Coklat, Ini Rahsia Nak Dapat Permukaan Yang ‘Perfect’!

Kek cawan coklat ini adalah pilihan yang tepat untuk peminat coklat tegar kerana gabungan rasa coklat berganda dan tekstur lembut, mufin ini sesuai dinikmati bersama keluarga, dibawa ke majlis potluck atau dijadikan jualan.

Tambahan badam cincang di atasnya memberikan rasa serta tekstur yang menarik. Resipi ini menghasilkan mufin dengan rupa rustik dan permukaan merekah yang cantik.

Selain itu, di dalam resipi ini juga mempunyai cara atau teknik untuk mendapatkan permukaan mufin yang ‘straight cut cupcake’ dan bukannya berbentuk seperti cendawan.

Baca lagi: Apam Kampung Pandan Gebu & Wangi, Ada Cara Supaya Tidak Cepat Basi

RESIPI KEK CAWAN COKLAT

Bahan-Bahan (Untuk 20 biji mufin)

  • 250 ml (1 cawan) susu
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 125 ml (½ cawan) minyak sayuran atau mentega cair
  • 120 g telur (2 biji telur bersaiz A/B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 200 g (1 cawan) gula kastor (atau 170 g untuk kurang manis)
  • 275 g (1¾ cawan) tepung gandum
  • 25 g (4 sudu besar) serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 150-300 g (½-1 cawan) cip coklat (gunakan 1 cawan untuk rasa coklat yang lebih kaya)
  • Cip coklat tambahan untuk hiasan
  • Badam cincang secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Campurkan susu dan jus lemon ke dalam mangkuk.

2. Kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit untuk campuran menjadi sedikit masam (ini berfungsi seperti buttermilk).

3. Dalam mangkuk besar, campurkan minyak sayuran, telur, esen vanila, dan gula kastor.

4. Kacau menggunakan pemukul tangan (whisk) hingga sebati.

5. Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, dan soda bikarbonat ke dalam campuran bahan cecair.

6. Kaup balik perlahan-lahan sehingga campuran sebati dan tiada tepung yang kelihatan.

7. Masukkan cip coklat ke dalam adunan.

8. Kaup balik perlahan-lahan supaya cip coklat sebati dalam adunan.

9. Isi cawan kertas mufin dengan adunan sehingga hampir penuh (¾ daripada isipadu cawan).

10. Taburkan cip coklat tambahan dan badam cincang di atas permukaan setiap mufin.

11. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C-180°C selama 20-25 minit di rak tengah.

12. Gunakan lidi untuk memeriksa sama ada mufin sudah masak (lidi keluar bersih).

Tip Tambahan

  • Suhu digunakan 170°C berdasarkan termometer ketuhar, dengan masa membakar selama 25 minit.
  • Semua bahan ditimbang menggunakan sukatan metrik untuk ketepatan.

Sumber: Noor Ashikin Saerah 

Baca lagi: Cucur Labu Manis Anti Gagal, Rasa Lemak Manis Dan Lembut Di Dalam!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

7 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

7 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

7 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

8 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago