Bagi hantu coklat pastinya tidak mahu lepaskan menikmati produk coklat yang lazat dan menyelerakan bukan, ini antara choco jar yang semakin mendapat tempat di hati kaki hantu coklat.
Siapa sini hantu coklat kita geng!
Sekarang ini banyak betul produk-produk berasaskan coklat mendapat tempat di hati peminat coklat, tidak kiralah tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya meminati rasa yang sama.
Baca juga: Cara Buat Chocolate Truffle Ala Royce ‘Viral’, Hanya Guna 3 Bahan
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hehe
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syida Nara, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal.
Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Resipi Choco Jar
Bahan-bahan:
500gm coco crunch bersaiz kecil
500gm coklat beryl’s
Setengah cawan minyak masak atau minyak jagung
Cara-cara membuatnya:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil.
2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk.
3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.
Memang tak rugi cuba choco jar yang padat dan padu macam ini, kalau tak percaya kenalah cuba dulu!
Selamat mencuba.