Categories: Resipi

Resipi Biskut Coklat Ala Ferrero Yang Rangup Bersalut Coklat Di Luar & Inti Hazelnut Di Tengah

Bagi penggemar coklat dan kekacang, biskut kacang coklat ala ‘ferrero’ ini memang menarik kerana setiap biji biskut mempunyai inti kacang hazelnut di bahagian tengah sebelum disalut dengan coklat cair yang dicampurkan bersama almond nib. 

Keistimewaan biskut ini terletak pada gabungan teksturnya yang berbeza. Bahagian luar mempunyai salutan coklat bersama almond nib yang rangup, manakala bahagian dalamnya pula menyimpan sebiji kacang hazelnut. 

Jika anda mencari idea biskut homemade untuk dijadikan kudapan, resipi ini boleh dimasukkan dalam senarai untuk dicuba. Biskut ini juga sesuai disediakan lebih awal dan disimpan sebagai stok kudapan di rumah. Kalau nak simpan resipi ini untuk persediaan kuih raya nanti pun boleh!

Baca juga: Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

CARA BUAT BISKUT KACANG COKLAT

Bahan-bahan:

Bahan adunan biskut:

  • 250g mentega
  • 80g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 20g serbuk koko
  • 150g tepung jagung
  • 300g tepung gandum
  • Kacang hazel secukupnya

Bahan salutan coklat:

  • 500g coklat gelap kompaun
  • 250g almond nib

Cara penyediaan:

  1. Sangai almond nib pada suhu 180°C sehingga sedikit keperangan. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga adunan rata.
  4. Masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
  5. Ambil sedikit doh dan leperkan di atas tapak tangan.
  6. Letakkan sebiji kacang hazelnut di bahagian tengah doh.
  7. Tutup inti dengan doh dan gentel sehingga menjadi bebola kecil.
  8. Susun bebola di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama kira-kira 20 minit, bergantung pada jenis ketuhar.
  9. Setelah masak, keluarkan biskut dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  10. Cairkan coklat gelap kompaun menggunakan kaedah double boil.
  11. Masukkan almond nib yang telah disangai ke dalam coklat cair. Gaul sehingga sebati.
  12. Celupkan biskut yang telah sejuk ke dalam campuran coklat sehingga keseluruhan permukaannya bersalut.
  13. Letakkan setiap biskut di dalam cawan kertas kecil.
  14. Biarkan coklat mengeras sepenuhnya sebelum disimpan atau dihidangkan.

Sumber: Threads @hanichelin

Baca juga: Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Izzati

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 hours ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 hours ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 hours ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

4 hours ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

4 hours ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

5 hours ago