cara buat bihun soto

Cara buat bihun soto ini sangat mudah untuk dicuba dan selalu jadi pilihan bila nak makan sesuatu yang ringan tapi mengenyangkan. Kuahnya yang berempah dan wangi memang buat selera naik, lebih-lebih lagi bila dimakan bersama bihun lembut dan sambal pedas yang padu.

Kalau waktu hujung minggu atau hari hujan, menu macam ini memang sesuai sangat untuk hidangan keluarga. Tak perlu hidangan sampingan banyak, cukup dengan semangkuk bihun soto yang lengkap dengan kuah, bergedil dan sambal sudah pun buat perut kenyang. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Bihun Singapore Lembut, Tak Putus & Cukup Rasa Walaupun Masak Kuantiti Banyak

CARA BUAT BIHUN SOTO SEDAP

cara buat bihun soto

Bahan kuah soto:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • Rempah soto Mak Siti
  • Serai (optional)
  • Dada ayam
  • Air secukupnya
  • Gula, garam dan perasa secukup rasa

Cara penyediaan kuah soto:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan 4 sekawan dan tumis seketika.
  4. Masukkan rempah soto Mak Siti, kemudian kacau hingga pecah minyak.
  5. Jika suka, boleh masukkan serai untuk lebih aroma.
  6. Teruskan menumis sehingga benar-benar pecah minyak dan naik bau wangi rempah.
  7. Masukkan air secukupnya dan dada ayam. Masak sehingga ayam empuk.
  8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa mengikut citarasa.

Bahan sambal hitam:

  • Bawang putih
  • Cili padi merah dan hijau
  • Lada besar merah
  • Kicap manis
  • Garam
  • Sedikit air limau
  • Bawang goreng

Cara penyediaan sambal hitam:

  1. Goreng bawang putih, cili padi merah dan hijau serta lada besar merah sekejap hingga layu.
  2. Kisar semua bahan yang digoreng tadi.
  3. Masukkan kicap manis, garam, sedikit air limau dan bawang goreng.
  4. Kacau rata hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Hidangkan bihun yang telah dicelur bersama kuah soto panas, hirisan ayam, bergedil, sambal hitam dan taburkan daun sup serta bawang goreng di atas atau di tepi sebagai pelengkap rasa.

Sumber: Nurul Nadia

Baca juga: Resipi Bihun Sup Utara Terpaling ‘Kick’, Sedapnya Tak Jumpa Dekat Tempat Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN