
Kalau anda tengah cari cara buat Bihun Singapore yang sedap, lembut, tak kering dan sesuai masak dalam kuantiti besar, resipi ini memang kena dengan selera orang Malaysia.
Bihun dimasak dalam kawah besar, penuh isi, beraroma lada sulah dan cukup rasa, sesuai untuk infaq Jumaat, kenduri atau jamuan ramai.
Resipi ini asalnya dimasak menggunakan 4 paket bihun, memang mencabar tenaga bila mengacau, tapi hasilnya sangat berbaloi. Bihun masak cantik, tak putus dan setiap suapan terasa padu.
Baca juga: Lelaki Ini Ajar ‘Step By Step’ Cara Rendam Bihun Yang Betul, Tak Putus Bila Goreng!
CARA BUAT BIHUN SINGAPORE

Bahan-bahan:
- 4 paket bihun (direndam dan ditos)
- Telur (digoreng hancur)
- Lobak merah (hiris nipis)
- Kubis (hiris kasar)
- Kucai (potong pendek)
- Fish cake (hiris)
- Fish ball (belah dua)
- Kiub pati ikan bilis
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada sulah
- Minyak masak
- Air secukupnya
Bahan-bahan kisar:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Udang kering (boleh ganti ikan bilis)
- Serbuk black pepper
*Tip: Nak tambah udang, sotong atau ayam pun boleh ikut selera.
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kawah atau kuali besar.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan fish ball dan fish cake, kacau hingga sebati.
4. Masukkan kiub pati ikan bilis dan garam, gaul rata.
5. Masukkan bihun dan kacau perlahan.
6. Tambah air sedikit demi sedikit hingga bihun mula lembut. Jangan risau, air akan kering dan bihun jadi cantik.
7. Masukkan semua sayur-sayuran.
8. Taburkan serbuk lada sulah dan kacau hingga bihun masak sempurna.
9. Rasa dan sesuaikan perasa jika perlu.
10. Akhir sekali, masukkan telur goreng hancur dan gaul rata.
Rahsia Bihun Singapore Lembut & Tak Kering
- Jangan masukkan air sekaligus, tambah sedikit demi sedikit.
- Gunakan api sederhana supaya bihun tak hangit.
- Kacau dengan sabar, terutama bila masak dalam kuantiti besar.
- Pastikan rasa cukup sebelum tutup api.
Cara Hidang Bihun Singapore Paling Sedap
Bihun Singapore paling ngam dimakan panas-panas bersama:
- Kicap cair
- Cili api potong
Ringkas, tapi memang menaikkan rasa.
Sekarang anda dah tahu cara buat Bihun Singapore yang sedap, lembut dan sesuai untuk masak ramai. Resipi ini bukan saja mudah diikuti, tapi hasilnya juga konsisten dan memuaskan. Sesuai dijadikan menu utama untuk infaq Jumaat, kenduri atau majlis keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Emma Skinbyrd
Baca juga: Rahsia Bihun Goreng Cina Tanpa Guna Sos, Resipi Ringkas Tapi Aromanya Memikat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














