Pasti ramai penggemar bihun segera jenama PAMA tu kan? Sedap sangat dapat makan lagi-lagi selepas cuaca hujan atau makan lewat malam. Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri bihun ala pama di rumah.
Buat sendiri lagi puas hati sebab sekali buat boleh dapat satu periuk! Dijamin puas hati satu keluarga makan sampai licin. Yang penting, cara membuatnya sangat mudah, ringkas dan mengenyangkan!
Jom lihat resipi perkongsian oleh Cik Pooja di bawah. Perkongsiannya itu telah mendapat hampir 7.5 ribu perkongsian di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat!
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan keemasan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sudah, daun sup dan daun bawang.
3. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan bihun dan reneh sehingga bihun masak dengan elok.
4. Kalau tak cukup masin, masukkan secubit garam mengikut citarasa.
5. Siap! Sedia untuk dihidang.
6. Kalau suka pedas, taburkan juga serbuk cili.
Kredit: Cik Pooja
Kadangkala, menyediakan hidangan ringkas yang disukai oleh seisi keluarga adalah momen indah yang dinikmati…
Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak…
Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam…
Biasanya kita hanya guna garam dan kunyit, atau pes perapan segera untuk menggoreng ayam atau…
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…
Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…