ayam roasted

Pasti ramai peminat ayam roasted di restoran Dominos dan Pizza Hut kan? Ayam yang sangat empuk dan sedap, ditambah pula dengan sos perapannya yang enak. Memang tak jemu makan!

Tapi kalau ada keluarga besar, harga dia boleh tahan mahal juga kalau beli banyak. Beli sikit, risau tak cukup pula.

Jadi apa kata jom masak sendiri je kat rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Nadia Ahmad Zubir ini. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM ROASTED ALA DOMINOS

Bahan-bahan:

  • 120g sos tomato
  • 120g sos cili
  • 1sb serbuk cili
  • 2sb gula
  • 1sb garam
  • 60g butter
  • 2sb lada hitam
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk

Cara-cara:

1. Masak semua bahan sampai butter cair.

2. Biarkan sejuk. Kemudian salut rata pada ayam dan perapkan.

3. Susun atas loyang, letakkan minyak sikit dan tuang lebihan sos atas ayam. Bakar dalam oven pada suhu 170° selama 30 minit.

4. Siap ayam roasted yang lazat. Selamat mencuba!

Kredit: Nadia Ahmad Zubir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN