ayam masak rose

Orang dulu-dulu bila buat majlis kenduri, biasanya akan gotong royong masak bersama-sama. Menu yang wajib ada biasanya adalah ayam masak rose.

Seorang pengguna Facebook, Mariana Abd Majid ada berkongsikan resipi ayam masak rose yang didapati dari tukang masak kenduri sendiri.

Kalau dari tukang masak sendiri, memang confirm sedap la kan. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Kurma Telur Yang Lazat, Jimat Duit Tak Perlu Guna Ayam!

RESIPI AYAM MASAK ROSE

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 4 sekawan
  • Serai 2batang (diketuk)
  • Daun pandan 2helai (disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)*
  • Carrot (sebatang)*
  • Tomato(sebiji)*
  • Bawang besar 3 biji*
  • Bawang putih5 @6 ulas*
  • Halia (hiris)*
  • Serbuk kas kas
  • Serbuk badam (badam biji tu kisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Susu cair (setengah tin)
  • Susu pekat 1 camca
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Perasa (jika suka)

Cara-cara:

  1. Basuh bersih ayam. Gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. Tumis bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan pula bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.
  5. Kemudian masukkan pula bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot, tomato). Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan pula serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas (satukan semua bahan ini dan jadikan pes).
  7. Masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  8. Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.
  9. Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak. Tutup api, tabur daun bawang dan daun sup. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Mariana Abd Majid

Baca juga: Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN