Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat. Ayam goreng yang disalut sos oren dengan rasa manis dan masam menjadikan hidangan ini kegemaran ramai.
Menariknya, anda boleh menyediakan ayam masak oren sendiri di rumah menggunakan kordial oren sahaja. Gabungan rasa oren dan sos yang seimbang memberikan kelainan kepada hidangan ayam goreng biasa.
Sos yang pekat dan berkilat melengkapkan ayam goreng dalam resipi ini. Sesuai untuk anda yang ingin mencuba hidangan ala American Chinese takeout tanpa perlu pergi ke luar negara!
Baca juga: Ayam Masak Ketumbar Jintan, Rahsia Lauk Berempah Yang Buat Ramai Terliur Nak Cuba
CARA BUAT AYAM MASAK OREN

Bahan-bahan:
Bahan ayam goreng:
- Ayam, dipotong kecil
- Tepung gandum secukupnya
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan sos oren:
- 2–3 sudu besar kordial oren (larutkan dalam air panas)
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cuka
- 1–2 sudu besar gula
- Bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sos
Cara Penyediaan:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan seketika.
- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan air sehingga menjadi adunan salutan.
- Celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan serta masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
- Campurkan kordial oren, sos cili, cuka dan gula di dalam kuali. Reneh menggunakan api sederhana.
- Apabila sos hampir mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga pekat.
- Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga setiap bahagian disaluti sos oren dengan rata. Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Threads @theninn
Baca juga: Cara Masak Ayam Kurma ‘Extra’ Sedap, Gabung 2 Jenis Rempah Ini Barulah Lain Rasanya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

