Cara buat ayam masak lemak cili api style Negeri Sembilan ini tak sama macam negeri lain. Paling mudah dan senang, tapi rasa dia memang marvellous!
Kalau ada yang nak belajar cara membuatnya, ikut saja resipi perkongsian oleh Norlailanazira Mohd Agos di bawah.
1. Cuci ayam dengan bersih. Letak dalam periuk bersama serai yang diketuk.
2. Kisar cili api dan kunyit hidup. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan ayam kecut bersama cili api, ini lah rahsia kesedapannya.
3. Bila ayam dah sebati dengan cili api, baru masukkan santan. Nak lagi sedap guna santan segar.
4. Masukkan kentang.
5. Bila kentang dah empuk, masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.
6. Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…