Categories: Resipi

Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap

Apam Puri ni mesti korang tertanya-tanya macam mana rupanya. Kalau nak tahu, jom follow resepi apam puri inti kastard jagung kat sini.

Confirm korang suka!

Kuih ni memang sebijik bentuk karipap, tapi teksturnya lembut macam apam yang kita biasa makan. Yang lagi seronok inti kuih ni menggunakan inti kastard jagung yang ramai penggemarnya.

Baca juga: Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Lembut!

Nak hidang dengan kastard perisa lain pun boleh. Sesuai dihidang untuk majis-majlis. Kuih ni boleh diwarnakan dengan apa saja jenis warna yang korang suka. Boleh letak warna pink, kuning, hijau dan macam-macam lagi.

Cantik kejadiannya! Anak-anak pun mesti tertarik dengan warnanya. Kuih ni juga sesuai di jadikan hidangan minum petang sekeluarga.

Yang nak try buat kuih apam puri ni boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Pn Habsah Ngah ini.


RESIPI APAM PURI INTI KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan Tepung gandum
  • Telur sebiji
  • Yis setengah peket
  • 4 sudu besar Gula
  • Garam sikit
  • 2 cawan Air
  • Pewarna ikut suka

Bahan inti kastard jagung:

  • 1 cawan Air
  • 1/2 cawan Tepung gandum
  • 1/2 cawan Tepung kastard
  • 4 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar perisa jagung

** Nak rase lemak boleh guna susu pekat ganti gula

Cara penyediaan apam:

1. Satukan semua bahan untuk apam dan kacau sebati. Perap dalam 15 minit.

2. Panaskan fry pan. Masak adunan macam buat lempeng tapi tak payah terbalikkan dan tak payah letak minyak.

3. Guna api paling slow ye. Siap dan ketepikan.

Cara penyediaan inti:

1. Satukan semua bahan untuk kastard dalam periuk.

2. Kacau rata, masak guna api slow. Kacau sampai pekat likat.

3. Tutup api dan sejukkan.

Cara bentukkan apam puri: Guna je acuan karipap. Letak inti dan ketip. Siap untuk dihidang.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kuih Masalodeh Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam, Buat Kat Rumah Lagi Puas!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

6 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

9 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

9 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

9 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

9 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

10 hours ago