air teh

Rupanya tak perlu guna teh timbang pun kalau nak hasilkan air teh yang pekat, kaw dan sedap. Dengan uncang teh biasa pun, hasilnya tetap padu!

Teh timbang pun sedap dan ramai suka. Tapi kalau cuma ada uncang teh biasa di rumah, bolehlah guna resipi ini. Jangan risau, hasilnya tetap boleh buat orang teguk sampai habis!

Airnya pekat elok, warna cantik dan bau teh pun mengiurkan. Sesuai sangat untuk minum petang ramai-ramai atau jamu tetamu. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Air Detoks Untuk Buang Angin, Bangun Pagi Badan Terus Rasa Ringan!

CARA BUAT AIR TEH PEKAT GUNA UNCANG TEH BIASA

air teh

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 8 hingga 10 uncang teh (bukan teh timbang)
  • 1.5 liter air
  • 1 tin susu sejat
  • 2/3 tin susu pekat manis
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk besar dan panaskan.
  2. Masukkan uncang teh (8-10 uncang) dan masak hingga menggelegak. Hati-hati kerana teh boleh melimpah.
  3. Teruskan masak hingga teh kelihatan pekat warnanya.
  4. Tuang satu tin susu sejat dan 2/3 tin susu pekat ke dalam teh.
  5. Masukkan secubit garam.
  6. Kacau perlahan dan teruskan masak hingga sedikit pekat.
  7. Rasa teh dan sesuaikan manis atau kepekatan ikut selera.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Anggaran cukup untuk 10 orang minum.

Sumber: Nor Shazwani Shamshudin

Baca juga: Jom Buat Sendiri Air Coklat Vanilla Yang ‘Kaw’, Tak Sabar Nak Minum!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN