air detoks

Nak badan yang lebih ringan dan segar? Salah satu cara paling mudah ialah amalkan minum air detoks secara konsisten. Tak perlu bahan mahal atau suplemen pelik-pelik pun, cukup dengan gabungan bahan semula jadi yang memang ada di dapur kita iaitu lemon, halia dan serai.

Ramai tak tahu, minuman tradisional seperti ini sebenarnya sudah lama diamalkan untuk bantu buang angin dalam badan, melancarkan pencernaan dan turunkan berat secara semula jadi.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan tunjukkan cara nak buat air detoks yang sangat ringkas. Yang penting, minum semasa suam supaya lebih berkesan, sama ada sebelum tidur atau awal pagi sebelum sahur.

Baca juga: Resipi Air Detox Untuk Kulit Muka Bersih, Jerawat Pun ‘Takut’ Nak Naik!

CARA BUAT AIR DETOKS

Bahan-bahan:

  • 1 biji lemon
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 inci halia (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Hiris lemon dan halia nipis-nipis.
  2. Ketuk batang serai hingga sedikit penyek supaya aromanya keluar.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama setengah liter air.
  4. Rebus hingga air menyusut dan tinggal lebih kurang satu cawan sahaja.
  5. Tutup api dan biarkan suam seketika.
  6. Minum ketika suam, sama ada sebelum sahur atau sebelum tidur waktu malam.

Air detoks ini bantu buang angin dalam badan. Confirm angin keluar kus-kus berdesup! Ia juga bagus untuk sistem pencernaan, pelawasan dan sangat sesuai diamalkan bagi yang nak turunkan berat badan.

Sumber: Ani Zam

Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Ini Khasiat Makan Budu Ramai Tak Tahu… Baru ‘Comel Lotey’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN