daun rosemary

Daun rosemary bukan sahaja terkenal sebagai herba yang menaikkan aroma dalam masakan, malah ramai turut menggunakannya sebagai bahan semula jadi untuk penjagaan rambut. Salah satu cara popular adalah dengan menghasilkan rosemary water atau air rebusan daun rosemary yang boleh dijadikan semburan rambut harian.

Ramai yang berkongsi pengalaman menggunakan rosemary water sebagai rutin penjagaan rambut kerana ia mudah dibuat dan hanya menggunakan dua bahan utama iaitu daun rosemary dan air. Malah, kos penyediaannya juga sangat rendah berbanding produk penjagaan rambut di pasaran.

Menurut perkongsian seorang penggunadi Thread, dia mengamalkan penggunaan rosemary water secara konsisten sejak dahulu dan mendapati rambutnya kekal lebat, kurang masalah rambut gugur, tidak mudah kering serta kulit kepala terasa lebih bersih.

Walaupun kesan setiap individu mungkin berbeza, tidak salah mencuba petua menggunakan bahan semula jadi ini sebagai salah satu rutin penjagaan rambut harian. Paling penting, lakukan secara konsisten dan pastikan kulit kepala sesuai dengan penggunaan bahan tersebut.

Baca juga: Petua Kempiskan Perut Lepas Bersalin, Campuran 4 Bahan Dapur Ini Kembali Jadi Viral

CARA BUAT AIR REBUSAN DAUN ROSEMARY UNTIK KESIHATAN RAMBUT

daun rosemary

Bahan-bahan:

  • 2 tangkai daun rosemary segar
  • 2 cawan air

Cara-cara penyediaan air rosemary:

  1. Masukkan 2 tangkai daun rosemary segar bersama 2 cawan air ke dalam periuk.
  2. Rebus selama kira-kira 15 minit sehingga air bertukar warna dan aroma rosemary mula keluar.
  3. Selepas itu, kecilkan api dan biarkan ia reneh selama 7 hingga 10 minit lagi.
  4. Tutup api dan biarkan air rebusan sejuk.
  5. Tapis air rosemary tersebut untuk membuang daun dan ranting rosemary.
  6. Simpan  air rosemary di dalam botol bersih dan letakkan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.

Cara-cara penggunaannya:

  1. Masukkan ke dalam botol semburan dan jadikan sebagai hair mist harian.
  2. Sembur pada rambut dan kulit kepala, kemudian urut perlahan supaya meresap.
  3. Sapu pada kulit kepala sebelum tidur, tutup dengan penutup rambut dan bilas keesokan harinya.
  4. Sembur pada rambut dan kulit kepala sebelum mencuci rambut seperti biasa.

Untuk hasil yang lebih baik, amalkan penggunaan secara konsisten terutama pada bahagian kulit kepala. Urutan lembut ketika menyembur rosemary water juga boleh membantu rutin penjagaan rambut menjadi lebih menyeluruh.

TIP SIMPAN ROSEMARY WATER

Selepas direbus, warna air rosemary mungkin berubah menjadi sedikit kemerah-merahan atau merah jambu. Jangan risau kerana perubahan warna itu boleh berlaku bergantung kepada jenis daun rosemary yang digunakan.

Pastikan air rosemary ditapis terlebih dahulu sebelum disimpan. Gunakan botol bersih dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya buat dalam kuantiti yang sesuai supaya sentiasa mendapat air rosemary yang segar.

Sumber: Thread

Baca juga: Sayang Kalau Dibiarkan Kecut, Ini Cara Simpan Jus Limau Kasturi Guna Bekas Ais Kiub Supaya Tahan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN