Categories: Tips & Petua

Cara Buang Bisa Ikan Tongkol Yang Ramai Tak Tahu, Tak Gatal-Gatal Lagi Dah!

Patutlah ramai makan ikan tongkol alah gatal-gatal, ini cara buang bisa Ikan tongkol atau ikan kayu ini memang ramai yang suka. Tulangnya yang besar dan senang nampak membuatkan isinya senang dimakan.

Namun ramai juga yang alah pada ikan itu, selepas makan kulit jadi gatal-gatal. Memang sejak dulu, orang-orang tua kita mengatakan ikan ini ada bisa.

Baca juga: Petua Pilih Ikan Pari Segar, Pari Hancing Sebab Datang Bulan Hanya Mitos!

Jika nak makan juga kena buang bisanya terlebih dahulu. Mungkin sekarang tak ramai yang tahu tentang petua ini. Wanita dikenali Lopak Tikey ini ada berkongsi cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk membuang bisa ikan tongkol.

Kongsinya, ada setengah ikan isinya bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan. Ikuti cara penuh di bawah. 


CARA BUANG BISA IKAN TONGKOL

Petua paling kena beringat apabila  membeli ikan tongkol/ ikan aya ini. Di bahagian ekor ikan ini, adanya bisa ikan untuk yang penderita resdung. Sebab itu jarang beli lauk dah siap masak untuk ikan ini. Kalau nak makan memang akan beli, siang dan masak sendiri.

Anak pun dah tahu kalau siang ikan ini ekor mesti tarik dan buang bisanya dulu. Baru boleh ke langkah seterusnya sampai basuh bersih.

Beli yang halus-halus saja sebab senang nak tarik dan buang bisa ikan ini. Kalau besar pun okey, tapi bab tarik bisa itu kena tarik nafas panjang dulu.

Cara nak buang bisa: 

1. Pegang hujung ekor ikan dan pusing ikut arah jam.

2. Kemudian tarik hujung ekor, isi bisanya akan tertarik keluar sekali.

3. Inilah bisa ikan yang dikatakan itu.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Lopak Tikey

Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago