cara makan limau mandarin

Ramai yang suka makan buah limau mandarin ni kan? Lagipun buah ini kaya dengan vitamin C.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, limau Mandarin memang mudah diperolehi di mana-mana pasaraya dan kedai buah.

Tambah lagi, ada juga yang dapat secara percuma daripada kenalan berbangsa Cina kan.

Makan limau mandarin mengakibatkan batuk?

Namun rata-rata penggemarnya mengatakan makan limau Mandarin ini boleh mengakibatkan batuk, ada juga yang terkena sakit tekak. Betul ke?

Ini kata Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, ChM Dr Fatimah Salim mengenai perkara itu.

“Jawapannya adalah ya. Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).

“Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.

“Sebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi.

“Sebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya. Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” tulisnya dalam grup Facebook  Makmal Makanan(MaMa).

Menurutnya, pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan buah kering.

“Selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan buah kering seperti kismis, prune dan sebagainya serta minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol).

“Jika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama,” ujarnya.

Tambahnya lagi, untuk membuang bahan pengawet ini eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.

“Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).

Cara betul makan limau mandarin

“Merendam seketika dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.

Adakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?

Jawapannya adalah tidak. Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.

“Untuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini.

“Tidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.

“Beringatlah… jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah.

“Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!” pesannya.

Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN