Categories: Tips & Petua

5 Cara BETUL Cairkan Ayam Frozen Sebelum Memasak, Elak Bakteria Membiak

Selalu basuh ayam dengan air paip untuk nyahbekukan? Ini cara betul cairkan ayam frozen agar bakteria jahat tidak membiak. 

Mencairkan ayam frozen (sejuk beku) dengan betul sebelum dimasak adalah sangat penting kerana langkah ini memastikan ayam masak sekata dan selamat untuk dimakan.

Baca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda perlu mencairkan ayam beku dengan betul sebelum memasak menerusi perkongsian dari Roslan Mamak Haji. 


CARA BETUL CAIRKAN AYAM FROZEN SEBELUM MEMASAK

1. Jika anda membeli ayam frozen,  tentukan bungkusan masih solid dan dibungkus rapi. Jika ayam frozen telah dicairkan pembekuannya, jangan bekukan kembali di peti sejuk kerana ia akan beri ruang untuk pembiakan bakteria yang bahaya.

2. Ayam yang telah cair dari pembekuan, perlu masak sebelum 12 jam. Jangan bekukan semula ayam telah cair aisnya.

3. Kalau nak bekukan ayam segar dari pasar, balut ayam dengan wrapper plastik (longgar sikit) dan tentukan lelehan air dari ayam tidak tersentuh dgn bahan makanan lain di dalam peti sejuk.

Semasa bekukan ayam tentukan buang semua udara dalam plastik itu seberapa yang boleh. Ayam segar yang anda frozen perlu digunakan dalam 2 hari saja tetapi ayam frozen yang dibeli dari supermarket boleh guna untuk masak selama 8-12 bulan atau tempoh yang tertera dibungkusan.

4. Ayam penuh perlu dilembutkan (nyah beku) di bahagian suhu dingin peti sejuk tetapi ketulan ayam boleh dilembutkan guna microwave dengan susunan bahagian tebal isi diluar piring supaya cairkan ais dilakukan sekata.

Jangan sesekali lembutkan ayam dalam suhu dapur (suhu sekeliling) atau dalam air paip. Ini kerana bakteria seperti samonella menjadi lebih aktif bila ayam frozen terdedah dgn suhu yg suam diluar.

5. Pastikan ayam frozen hilang ais sepenuhnya sebelum digunakan untuk memasak.


Sentiasa penting untuk mengamalkan keselamatan makanan yang baik semasa mengendalikan ayam sejuk beku dan memahami prinsip asas pemprosesan makanan yang selamat untuk mengelakkan pencemaran dan penyakit makanan.

Semoga bermanfaat kelima-lima tips dan cara di atas.

Sumber: Roslan Mamak Haji

Baca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago