ikan parang

Ramai yang suka ikan parang tapi selalu mengeluh sebab tulangnya banyak dan berselirat. Sebenarnya, ada cara mudah untuk memastikan tulangnya lebih tersusun dan kurang berselirat.

Ikan parang memang sedap dimasak asam pedas atau dibuat lauk berkuah, tapi bila tulang terlalu banyak, hilang selera nak makan dibuatnya. Sebab itu penting tahu petua yang betul semasa menyiang ikan.

Dengan sedikit teknik mudah ini, ikan akan lebih mudah dimakan tanpa risau tercekik atau tertelan tulang. Petua ini mudah saja, tak ambil masa lama dan sesuai digunakan setiap kali anda membeli ikan.

Baca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini

PETUA TULANG IKAN PARANG LEBIH TERSUSUN SUPAYA MUDAH DIMAKAN

ikan parang

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Pastikan anda membeli ikan parang seekor, bukan dalam potongan sekerat. Jika beli sekerat memang tidak akan menjadi.
  2. Sebelum proses menyiang, pegang bahagian kepala dan ekor ikan dengan kemas.
  3. Tarik kepala dan ekor ikan serentak dengan sekali henjutan sehingga terdengar bunyi “berderap”.
  4. Jangan tarik terlalu kuat sehingga ikan terbelah dua. Memadai sehingga bunyi berderap kedengaran kerana itu menandakan tulang sudah tersusun elok.

Sumber petua dan gambar: Waheeda Basiron

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN